I am a cat lover

You Can't Have A Better Tomorrow If You Don't Stop Thinking About Yesterday

I am a cat lover

You Can't Have A Better Tomorrow If You Don't Stop Thinking About Yesterday

I am a cat lover

You Can't Have A Better Tomorrow If You Don't Stop Thinking About Yesterday

I am a cat lover

You Can't Have A Better Tomorrow If You Don't Stop Thinking About Yesterday

I am a cat lover

You Can't Have A Better Tomorrow If You Don't Stop Thinking About Yesterday


counter

Sunday, 23 November 2014

Refleksi 9

REFLEKSI 9 


WEEK 9:6 November 2014 (Khamis)


pada minggu ini adalah giliran kakak-kakak dari bandar penawar membentangkan tajuk mereka iaitu mengenai " BASIC IMAGE EDITTING". 

disini saya ingin kongsikan freeware sofware yang boleh kita gunakan bagi mengedit gambar kita supaya lebih awesome n cantik kebaboom. Antara sofware yang boleh kita gunakan ialah seperti berikut (klik link untuk mendownload): 

3. PhoXo 


Tahukah anda bahawa setiap mempunyai format file tersendiri. terdapat 5 format file yang saya akan kongsikan iaitu:

1, TIFF atau dikenal juga dengan TIF (tagged image file format)
Imej TIFF mewujudkan saiz fail yang sangat besar. Imej TIFF adalah tidak mampat dan dengan itu mengandungi banyak data imej terperinci (itulah sebabnya gambar-gambar yang begitu besar) TIFFs juga sangat fleksibel dari segi warna (mereka boleh menjadi skala kelabu, atau CMYK untuk cetak, atau RGB untuk web) dan kandungan (lapisan, tag imej). TIFF adalah jenis fail yang paling biasa digunakan dalam perisian foto (seperti Photoshop), dan juga perisian susun atur halaman (seperti Quark dan InDesign), sekali lagi kerana TIFF yang mengandungi banyak data imej.

Mod: RGB atau CMYK atau LAB, dan lain-lain, hampir apa-apa.
8 atau 16-bit per saluran warna, dipanggil 8 atau 16-bit "warna" (fail RGB 24 atau 48-bit).
Skala Kelabu - 8 atau 16-bit,
Warna diindeks - 1 hingga 8-bit,
Line Art (bilevel) - 1-bit
jenis fail ini diakhiri dengan : tif

2. JPEG atau dikenal juga sebagai JPG ( Joint Photographic Experts Group)
Fail JPEG adalah imej-imej yang telah dimampatkan untuk menyimpan banyak maklumat dalam fail kecil-saiz. Kebanyakan kamera digital kedai gambar dalam format JPEG, kerana selepas itu anda boleh mengambil lebih banyak gambar pada satu kad kamera daripada anda boleh dengan format lain.

JPEG  dimampatkan dengan cara yang kehilangan beberapa detail imej dalam mampatan untuk membuat fail kecil (dan dengan itu dipanggil "lossy" mampatan).

Fail JPEG biasanya digunakan untuk gambar-gambar di web, kerana mereka membuat fail kecil yang mudah dimuatkan pada laman web dan juga kelihatan baik.

Fail JPEG tidak baik untuk lukisan garisan atau logo atau grafik, seperti mampatan membuat mereka melihat "bitmappy" (garis bergerigi bukan yang lurus).

RGB - 24-bit (8-bit warna),
Skala Kelabu - 8-bit
(hanya ini)
jenis fail ini diakhiri dengan : jpg

3. GIF (Grafic Interchange Format)
Format ini memampatkan imej tetapi, sebagai berbeza daripada JPEG, mampatan adalah Lossless (tidak terperinci hilang dalam mampatan, tetapi fail tersebut tidak boleh dibuat sebagai kecil sebagai JPEG).

GIF juga mempunyai pelbagai warna yang sangat terhad sesuai untuk web tetapi tidak untuk mencetak. Format ini tidak pernah digunakan untuk fotografi, kerana jumlah yang terhad warna. GIF juga boleh digunakan untuk animasi.

Warna diindeks - 1 hingga 8-bit (. 8-bit indeks, mengehadkan kepada hanya 256 warna maksimum) Warna adalah warna 24-bit, tetapi hanya 256 warna.
jenis fail ini diakhiri dengan : gif

4. PNG (Portable Network Graphics)
Ia dicipta sebagai format terbuka untuk menggantikan GIF, kerana paten untuk GIF dimiliki oleh satu syarikat dan tiada siapa lagi yang mahu membayar yuran pelesenan. Ia juga membolehkan pelbagai warna dan mampatan yang lebih baik.

Ia digunakan hampir secara eksklusif untuk imej web, tidak pernah untuk imej cetak. Untuk gambar, PNG tidak adalah seperti baik sebagai JPEG, kerana ia mewujudkan fail yang lebih besar. Tetapi untuk imej dengan teks, atau seni garisan, ia adalah lebih baik, kerana imej yang kelihatan kurang "bitmappy."

Apabila anda mengambil tangkapan skrin pada Mac anda, imej yang dihasilkan adalah PNG-mungkin kerana kebanyakan screenshot adalah campuran imej dan teks.

RGB - 24 atau 48-bit (dipanggil 8-bit atau 16-bit "warna"),
Saluran Alpha untuk RGB ketelusan - 32 bit
Skala Kelabu - 8 atau 16-bit,
Warna diindeks - 1 hingga 8-bit,
Line Art (bilevel) - 1-bit
jenis fail ini diakhiri dengan : png

5. Raw image files.
"Raw image files" ini  mengandungi data daripada kamera digital (biasanya). Fail-fail yang dipanggil mentah kerana mereka belum diproses dan dengan itu tidak boleh disunting atau dicetak lagi. Terdapat banyak format yang berbeza-mentah setiap syarikat kamera sering mempunyai format sendiri proprietari.

Fail mentah biasanya mengandungi sejumlah besar data yang tidak mampat. Oleh kerana itu, saiz fail mentah adalah amat besar. Selalunya mereka ditukar kepada TIFF sebelum penyuntingan dan warna-pembetulan.


akhir sekali, kumpulan pembentangan pada hari ini juga turut menyentuh mengenai
Adobe Photoshop

adobe photoshop merupakan satu sofware yang selalu digunakan oleh profesional dalam mengedit gambar mereka.  saya akan menceritakan dengan lebih terperinci mengenai adobe photoshop ini pada minggu yang seterusnya :) . tunggu ya :) . 

tetapi sebagai persediaan boleh bacar link ni --> Klik disini bagi menambah pengetahuan asas mengenai perkara-perkara yang perlu kita ketahui  mengenai gambar yang ingin kita edit menggunakan adobe photoshop. 


nota-kaki: nie pengalaman baru  mengunakan adobe photoshop so level semangat nk belajar nie tinggi :)







Refleksi 8

REFLEKSI  8 

WEEK 8: 30 oktober 2014 (Khamis)


Back from holiday and mood still swing ;p, by the way minggu nie punya presentation adalah mengenai studio photography. let's check it out!!!


Studio Photography












diakhir pembentangan mereka, kami sekali lagi diberikan tugasan bagi memahirkan diri kami yang sememangkan tidak mahir ini. tugasan tersebut adalah mengenai still life  photography. 

persolannya apa itu Still Life Photography????
so kt bawah ni saya ada bagi serba sedikit contoh teaser bagi assingment ini..tq en.google


sumber: 1

sumber: 2

sumber: 3

berdasarkan contoh tersebut, apa yang saya dpt huraikan mengenai still life photography ini ialah
gambaran hal perkara yang tidak bernyawa, paling biasanya satu kumpulan kecil objek.fotografi jenis ini  lebih daripada lain-lain jenis fotografi, seperti landskap atau potret, jurugambar memberikan lebih kelonggaran dalam susunan unsur-unsur reka bentuk dalam susunan.

how to shoot it??

" its not doent need expensive sudio"


nak buat still life photoraphy tak perlu lah kita g studio ke apa...kita boleh reka sendiri studio sendiri(DIY sendiri la lebih jimat) , hanya mengunakan kotak, kertas majung, gunting  dan double tape yang pentng belakan dekat bahagian tengah  kertas mahjung perlulah dilengkukkan bagi mengeakkan objek menghasilkan 'shadow'. contohnya:


starison

pengcahayaan

nota kaki: asingment ini akan diupload pada masa akan datang bersama-sama dengan bulb settings..tq :)

Refleksi 7

REFLEKSI  7

 WEEK 7: 23 oktober 2014 (Khamis)





assingment bulb setting telah diberikan oleh dr. shah.. insyaAllah saya akan cuba melakukannya :)





nota: moodswing :)

Refleksi 6 (part 2)

REFLEKSI  6
WEEK 6: 16 oktober 2014 (Khamis)


Perkara yang perlu "take note"  apabila mengambil gambar menggunakan DSLR!!!

 KOMPOSISI

komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik.

Asas-asas komposisi


1. Rule of third


Teknik ini membahagikan gambar kepada 9 bahagian yang sama dengan mengunakan 2 garisan tegak dan 2 garisan melintang dan yang penting elemen subjek mesti berada di sepanjang garisan ataupun titik pertemuan. Dengan menggunakan teknik ini gambar akan menghasilkan lebih tenaga dan daya penarik berbanding dengan subjek yang berada di tengah. Nisbah bagi kawasannya ialah 1:2 atau 2:1. Jangan rakam gambar di tengah-tengah frame. Letakkan ke kiri atau ke kanan agar gambar lebih bercerita. Jadikan canves gambar agar penuh. Jangan ada kosong.



Rule of Thirds
sumber:contoh 1

sumber:contoh 2
sumber:contoh 3


2. Keseimbanagan


keseimbangan adalah cara meletakkan subjek lebih kurang sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek utama. keseimbangan dalam fotografi juga boleh dicapai melalui beragam teknik seperti:



    • Cropping (menggunakan perangkat lunak editing gambar)
    • Merubah Point of View (memotret dari atas atau bawah)
    • Zooming (menggunakan cropping ketat atau wide-angle)
    • Memindahkan elemen2 subyek atau benda yang akan kita potret.

Square VIII - /ï


sumber: contoh 1



sumber: contoh 3


3. Garisan


Dengan menambah pelbagai jenis garisan untuk gambar kami seperti lurus, pepenjuru, melengkung, mabuk, jejari, dan lain-lain, kita boleh meningkatkan gambar kami dan menarik kita ke dalam foto itu ke arah subjek foto




5949287977 5261da69ac Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi


sumber: contoh



sumber: contoh







4. Simetri


simetri yang mana kita membahagi/membelah gambar menjadi 2 bahagian tepat ditengah dan secara “berat visual” gambar dibagian kiri dan gambar dibagian kanan harus seimbang/hampir sama, dan hal ini juga berlaku untuk garis horizontal maupun vertical. "Berat visual" disini tidak semestinya menggunakan objek  yg besar, objek kecil juga bleh dijadikan sebagai berat visual. 



sumber: contoh 



sumber: contoh


5. Kedalaman/ depth

Setiap gambar yang kita ambil dipaparkan dalam 2 dimensi. Tapi dengan bermain dengan foreground dan background, kita boleh mewujudkan depth atau kedalaman yang akan membuatkan foto yang kita ambil bersifat 3 dimensi. Ayat mudahnya “tak flat”.

sumber:contoh
5949292391 51bd729315 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi



6. Framing


Korang boleh guna objek sekeliling untuk mengasingkan (isolate) subjek utama dengan persekitaran. Macam gambar kat atas, subjek diasingkan dengan menggunakan subjek di kiri dan kanan yang blur. 




5949850468 9214f03ddc Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi
sumber: contoh


slide presentation: shooting techniques

hooting Technique by loladyna


nota-kaki: #sayainsanyangmasihmencarikomposisi

Tuesday, 11 November 2014

REFLEKSI 6 (part 1)


REFLEKSI  6
WEEK 6: 16 oktober 2014 (Khamis)

Pembentangan pada minggu ini adalah sambungan kepada pembentangan pada minggu lepas iaitu mengenai Light & LIghthing and shooting technique & tips.  Teknik pengcahayaan yang baik akan membantu sesuatu drama dramatik dan ini banyak membantu profesional photografer dalam kerja mereka.  Fotografi itu sendiri seperti kita sedia maklum  merupakan satu proses rakaman cahaya dan kualiti sesuatu gambar itu sendiri bergantung kepada ketelitian kita dalam memilih cahaya yang baik.  Cahaya yang paling senang kita nak guna ialah cahaya matahari, selain itu, jika aktiviti indoor atau tempat yang kekurangan cahaya kita boleh menggunakan FLASH. 





sedikit perkongsian cara-cara yang bagi saya mudah dalam menghasilkan gambar yang baik adalah menggunakan apa yang saya panggil sebagai : Three Musketeer








Manipulasi cahaya matahari bagi menghasilakn gambar yang menarik:






 Nota-kaki: Jika kita panadai mengawal ketiga2x aspek penting ini, insyaAllah gambar yang dihasilakn akan bombastik..jom kita cuba :)

REFLEKSI 5

REFLEKSI  5
WEEK 5: 9 oktober 2014 (Khamis)

         pada minggu nie merupakan presentation oleh group saya. Kami mendapat tajuk Digital Photography.digital photography adalah satu pembaharuan dalam dunia fotografi yang dulunya menggunakan filem. perkembangan kamera adalah daripada SLR kepada DSLR dan terbaru ialah DMSLR. 


Digital Photography
Oleh kerana kumpulan kami memang tiada asas langsung dalam bidang fotografi dan teknologi, melalui tajuk ini serba sedikit telah membantu kami dalam mengulagkaji asas-asas dalam fotografi. 




jikalau ingin melihat secara lebih praktikal lagi boleh tengok video dibawah ini, mari kita sama-sama belajar..teori sahaja tidak cukup :)



nota daripada Dr.Shah :)




Group seterusnya membentangkan tajuk" Light & Lighting dan Shooting Techniques & Tips". sebelum ini kita telah mem,pelajari asa-asas fotografi dan kamera, sekarang kita menuju kepada antara satu komponen yang tidak kurang pentingnya didalam  fotografi. teknik pengcahayaan banyak membantu "photographer' dalam menghasilkan gambar yang menarik dan unik. saya akan menceritakan lebih lanjut menegenai tajuk ini pada minggu ke-6. :)



nota-kaki: Teori sahaja tidak akan membantu seseorang dalam memahirkan diri dalam sesuatu bidang, praktikal perlu disertakan sekali bagi memahirkan diri sedia ada. 


Friday, 10 October 2014

REFLEKSI 4

REFLEKSI  4
WEEK 4:  2 oktober 2014 (Khamis)

pada minggu ini kelas telah dikendali oleh en.Fuad sekali lagi bagi menerangkan secara praktikal dan teori bagi STUDIO PHOTOGRAPHY. Hal ini merangkumi beberapa aspek iaitu penggunaan Flash, soft board flash, backdrop  dan banyak lagi mengenai studio photography.



FLASH
terdapat dua jenis flash iaitu:
built in flash
external flash

Bagi mengambil gambar dalam studio, penggunaan flash memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gambar yang cantik.Kebiasaannya, bagi sttudio photography mereka menggunalan dua payung flash refleks kiri dan knan yang akan menegeluarkan cahaya setelah shutter button camera ditekan.  oleh sebab itu, kebanyakan gambar yag diambil distudio kebanyakannya memang ohsem dan cantik.


Namun, bagi photographer yang tiada payung yang ada dalam studio ini jangan risau. Dalam sesi kelas bersama en.Fuad tadi, beliau menjelaskan bahawa walaupun kita tiada ada soft board flash tersebut, tapi kita masih boleh hasilkan gambar yang hampir sama iaitu dengan menggunakan  flash yang banyak dengan cara  mensettingkan flash menggunakan Creative Lighting System. Ia berfungsi dengan cara, apabila camera flash mengeluarkan cahaya flash, body flash ( flash tambahan) juga akan turut serentak mengeluarkan cahaya flash. 

Sekiranyacamera tidak dapat support , flash yang digunakan , kita boleh mengatasi masalah ini dengan menggunakan terminal yang disambung dari camera ke external flash.



cara penyusunan bagi mengambil gambar distudio


sebelum kelas berakhir, en.Fuad telah memberikan kami tips bagi amatur potograppher macam kami ini. Beliau suggest pada kami supaya dalam  ambil gambar ad 3 benda yang perlu kita pandai adjust iaitu ISO, aperture dan eshutter speed, atau ebih suka paggil ini sebagai , " the three musketeer". en.Fuad menyarankan kami menggunakan apperture f5.6, ISO 400 sekiranya ingin mengambil gambar outdoor. 


nota-kaki: 10 jari disusun kerana kami gagal present pada hari ini disebabkan masalah tertentu. :)